Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2019 / 24 Safar 1441
Setting

ACADEMIC PUBLICATIONS - 08

Book Topic :
Kaedah Santai Tutur Untuk Kanak-kanak Autisme

Writter :
Jessica Ong Hai Liaw

ISBN :
978-983-5985-19-5

Price:
RM 41.60

Synopsis :

Kanak-kanak autisme menunjukkan tingkah laku yang pelik dan sukar dijangka di samping kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Walaubagaimanapun, sindrom autisme tidak ada kaitan dengan etnik, latar belakang sosial atau keturunan kanak-kanak. Kaedah dan teknik yang sesuai untuk kanak-kanak autisme dalam latar yang khusus dengan pengawalan tingkah laku semasa sesi pembelajaran bahasa berlangsung sangat diperlukan. Satu kajian kes ke atas lima orang kanak-kanak autisme dengan membandingkan Kaedah Biasa (tanpa muzik, nyanyian dan drama) dan Kaedah Santai Tutur (dengan muzik, nyanyian dan drama) telah dijalankan. Didapati bahawa Kaedah Santai Tutur (dengan muzik, nyanyian dan drama) adalah mod pembelajaran bahasa yang terbaik untuk kanak-kanak autisme. Elemen muzik yang diterapkan ke dalam pembelajaran bahasa mereka dapat menarik minat kanak-kanak autisme untuk belajar menggunakan bahasa dengan lebih baik. Lagu-lagu karya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah digunakan sepanjang sesi pembelajaran. Hasil pemerhatian menunjukkan lagu dan muzik terbukti berkesan dalam mengawal tingkah laku yang pelik dan sukar dijangka kanak-kanak autisme di samping menyediakan suasana yang menyenangkan untuk pembelajaran bahasa dan komunikasi antara individu. Aplikasi prosedur yang dikemukakan dalam kajian ini adalah termasuk menghasilkan satu modul khas sebagai satu set bahan untuk memupuk persekitaran pembelajaran bahasa yang ceria untuk kanak-kanak autisme. Kaedah Santai Tutur yang mengintegrasikan lagu-lagu dengan drama digubah untuk memudah dan memotivasikan tingkah laku penggunaan bahasa. Buku ini mengandungi 10 buah lagu yang muziknya digubah dan liriknya ditulis semula di samping lembaran kerja yang telah disediakan mengikut tajuk pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sejumlah 10 buah lagu Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah digubah dan diterbitkan semula dalam bentuk DVD lagu dan karaoke dengan tujuan untuk menarik minat kanak-kanak autisme belajar dan berkomunikasi dalam suasana santai dan bersahaja. Kaedah Santai Tutur telah memenangi Anugerah Emas dalam Kategori Sains Sosial di Pameran Reka Cipta dan Penyelidikan dan Inovasi (PRPI), Universiti Putra Malaysia (UPM), 2011.

Last Updated: 16 May 2012