Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
06 December 2016 / 6 Rabiul Awal 1438
Setting

APPLICATION

PERMOHONAN LEPASAN STPM SETARAF

Permohonan untuk ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terbuka kepada semua pemohon Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi UM, Asasi UiTM dan Diploma/setaraf. Pemohon daripada Lepasan STPM/setaraf akan mengikuti program pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPNM. Calon-calon perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) melalui laman web berikut :http://upu.mohe.gov.my dan sesi temu duga akan dijalankan dalam kampus UPNM.

*** TEMUDUGA KEMASUKAN KE UPNM YANG DIJALANKAN ADALAH BUKAN SECARA TERBUKA ATAU ‘WALK-IN’ DAN CALON TIDAK DIBENARKAN HADIR TANPA MEMBAWA SURAT PANGGILAN TEMU DUGA OLEH PIHAK UNIVERSITI

LEPASAN DIPLOMA

Permohonan ke program Sarjana Muda bagi kategori LEPASAN DIPLOMA juga perlu membuat permohonan melalui http://upu.mohe.gov.my. Semua Calon Lepasan Diploma DIWAJIBKAN mencetak dan menghantar satu salinan permohonan bersama-sama dokumen-dokumen yang telah disahkan kepada :

Bahagian Pengurusan Akademik

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kem Perdana Sungai Besi,

57000 Kuala Lumpur


LEPASAN SPM/Setaraf Kategori A dan B

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN SEMASA (KATEGORI A) DAN SPM TAHUN SEBELUM (KATEGORI B) SAHAJA (KATEGORI LEPASAN SPM/SETARAF).

Perhatian:

Permohonan untuk ke Program Asasi Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terbuka kepada semua pemohon Lepasan SPM/setaraf. Pemohon daripada Lepasan SPM akan mengikuti pengajian di peringkat Asasi Pertahanan selama setahun di UPNM dan seterusnya meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di UPNM. Program Asasi dikategorikan setaraf dengan Program Matrikulasi.

Untuk permohonan ke Program Asasi Pertahanan atau Program Pengajian peringkat Diploma (Lepasan SPM/Setaraf) calon perlu membuat pilihan pertama dalam sistem UPU dengan menggunakan kod program seperti berikut:

i) Asasi Perubatan (Z0080)

ii) Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220)

iii) Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470)

iv) Diploma Pentadbiran Perniagaan (Z2229)

v) Diploma Pengurusan Logistik (Z2280)

Calon-calon perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) melalui laman web berikut :http://upu.mohe.gov.my pada awal Januari setiap tahun.

Calon perlu memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam aplikasi permohonan UPU adalah benar dan tepat. Bahagian nombor telefon bimbit wajib diisi dan nombor yang diisi adalah nombor yang aktif dan boleh diguna pakai. Bagi calon yang berada diluar kawasan liputan, sila pastikan anda meletakkan nombor alternatif lain untuk dihubungi.

TEMU DUGA MENGGUNAKAN KEPUTUSAN SPM SEBENAR

Pemilihan seseorang Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia akan menggunakan keputusan Peperiksaan SPM Sebenar dan tidak ada temu duga awal dilakukan.

Temuduga Pemilihan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan menggunakan keputusan peperiksaan SPM sebenar akan diadakan pada bulan April setiap tahun dan hanya akan dilakukan sekali sahaja dalam sesi pengambilan.

Ujian temu duga akan dijalankan seperti berikut :

Last Updated: 21 January 2016