Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
23 April 2019 / 18 Syaaban 1440
Setting

NDUM BULLETIN

Kunjungan Hormat USARPAC

Author :BKKPA Tuesday, 10 Dec 2013


UPNM, 10 Disember 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjungan hormat daripada General Vincent K. Brooks, Commanding General, U.S. Army Pacific (USARPAC) ke atas Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dalam rangka lawatan beliau ke Malaysia hari ini. Delegasi ini turut disertai seramai 5 orang pegawai kanan USARPAC.

Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) serta pegawai-pegawai kanan universiti. Sebaik kunjungan hormat, kedua – dua institusi mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kerjasama yang boleh diwujudkan seperti bidang akademik, pertahanan dan keselamatan.

Last Edited : Tuesday, 10 Dec 2013