Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Setting

NDUM BULLETIN

Inspirational Talk Series - Women's Boat to Gaza: Leadership and Diplomacy at Work

Author :Kursi Kepimpinan Wednesday, 22 Nov 2017


Inspirational Talk Series - Women’s Boat to Gaza bertemakan “Leadership and Diplomacy at Work“ telah diadakan di Dewan Bestari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 17 November 2017. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPNM. Penceramah jemputan Mary Ann Wright merupakan ketua kepada 13 aktivis wanita dari pelbagai negara termasuk Malaysia dalam misi kemanusiaan Women’s Boat to Gaza (WBG). WBG adalah inisiatif Freedom Flotilla Coalition (FFC) dengan tujuan membawa bantuan perubatan dan makanan kepada penduduk Gaza. Dalam sesi syarahan ini penceramah telah berkongsi pengalaman beliau dalam pelayaran kapal Zaytouna-Olivia menuju Gaza dan menyampaikan mesej harapan, kesedaran, kepimpinan dan solidariti kepada masyarakat bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan terutamanya wanita dan kanak-kanak.



Program ini telah disertai oleh staf dan pelajar UPNM, tentera, agensi luar antaranya Medic IG Holdings dan Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan beberapa Non-Government Organisational (NGO) yang lain. MyCARE juga membuka gerai jualan buku sepanjang program ini berlangsung. Majlis penutupan program telah diakhiri dengan penyampaian cenderamata dari pihak universiti kepada Mary Ann Wright. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta khususnya dalam aspek kepimpinan dan kemanusiaan.




Last Edited : Wednesday, 22 Nov 2017