Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
14 December 2017 / 25 Rabiul Awal 1439
Setting

NDUM BULLETIN

Bengkel Peralihan Sijil Baharu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015

Author :Jaminan Kualiti Thursday, 07 Dec 2017


Pada 28 dan 29 November 2017 yang lalu, bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin, UPNM telah diadakan satu Bengkel Peralihan Pensijilan Baharu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015.


SPK ISO 9001:2015 telah pun diwartakan pada September 2015 dan kini ia telah dikuatkuasakan sehingga akhir September 2018. Semua organisasi diberi tempoh untuk membuat transformasi piawaian ISO 9001:2008 ke versi baharu tahun 2015. Memandangkan perubahannya adalah perubahan teknikal, maka semua pemegang sijil SPK ISO 9001:2008 perlu membuat pindaan bersesuaian dengan keperluan baharu.



Bengkel yang diadakan ini adalah bertujuan memudahkan proses peralihan dilakukan dengan baik, mudah dan cepat tanpa mengganggu pengoperasian utama sesebuah organisasi. Antara objektif bengkel yang diadakan adalah untuk:


1. Untuk memahami dan membuat pindaan mengikut keperluan ISO 9001:2015


2. Membimbing organisasi untuk melaksanakan ISO 9001:2015


3. Menerangkan konsep risiko dalam konteks ISO 9001:2015


4. Penerangan tentang keperluan standard ISO 9001:2015 dan maklumat berdokumen


5. Pindaan dokumen ke arah memenuhi keperluan standard ISO 9001:2015



Penceramah yang telah dijemput adalah Encik Abdul Ghani bin Fathil, Pengurus Kualiti dari Unit Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti, PUSPEK UniMAP. Beliau merupakan penceramah yang berpengalaman luas dalam ISO versi 9001:2015 dan merupakan individu yang bertanggungjawab membantu UniMAP menjadi Universiti Awam yang pertama menerima Sijil Baharu ISO 9001:2015.


Bengkel selama dua (2) hari ini melibatkan semua pengurus kualiti FPJB dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta.



Last Edited : Thursday, 07 Dec 2017