Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
17 July 2019 / 14 Zulkaedah 1440
Setting

NDUM BULLETIN

Kejayaan UPNM Memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Versi Baharu (MS ISO 9001:2015)

Author :Kualiti Tuesday, 10 Jul 2018


UPNM, 09 Julai 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diaudit dua (2) kali oleh pihak Lloyd’s Register bagi Pembaharuan Sijil (Certificate Renewal - CR) pada 07 Jun 2018 dan Audit Pertukaran Sijil Baharu (New Standard Transition - NST) daripada MS ISO 9001:2008 kepada versi baharu MS ISO 9001:2015.


Pada 09 Julai 2018 (Isnin) yang lalu, En. Mohd. Ramli bin Mohd. Daud, wakil daripada Lloyd’s Register telah mengumumkan bahawa UPNM telah berjaya memperoleh sijil baharu MS ISO 9001:2015 dengan skop pensijilan iaitu Pengurusan Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU).



Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sesi audit tersebut.


Tahniah diucapkan kepada semua warga UPNM. Semoga warga UPNM terus komited ke arah menjayakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara berterusan.



Last Edited : Tuesday, 10 Jul 2018