Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
18 August 2019 / 17 Zulhijjah 1440
Setting

NDUM BULLETIN

Lawatan Timbalan Menhan ke UPNM

Author :BKKPA Tuesday, 04 Dec 2018


UPNM, 28 November 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan rasmi Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Ketibaan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah disambut oleh YBhg. Leftenan Jeneral Dato‘ Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor bersama-sama pengurusan tertinggi universiti dan pegawai kanan.



Rangka lawatan rasmi Yang Berhormat Timbalan Menteri ini adalah merupakan lawatan dan pertemuan pertama kali beliau bersama pengurusan tertinggi universiti dan pelbagai perkara strategik kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan UPNM telah dibincangkan merangkumi akademik, penyelidikan dan inovasi, jaringan industri dan ketenteraan ke arah memperkasa dan mencapai visi, misi dan objektif universiti.



Sempena lawatan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri turut melawat Perpustakaan Tun Ibrahim. Banyak perkara dikongsi bersama beliau oleh En. Mohammed Dzulkarnain Bin Abdul Karim, Ketua Pustakawan mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini. Mengakhiri lawatan, Yang Berhormat Timbalan Menteri turut melawat Pusat Marin UPNM untuk melihat panorama dan permandangan tasik dan kemudahan yang disediakan bagi tujuan fasiliti mengadakan program-program pengajian eksekutif, kursus, seminar dan pusat latihan aktiviti air kepada pegawai-pegawai kadet.


Last Edited : Wednesday, 05 Dec 2018