Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
22 October 2019 / 23 Safar 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Penglibatan UPNM di dalam UMK Karnival Penyelidikan & Inovasi 2018

Author :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Tuesday, 18 Dec 2018

Kelantan, 3 - 5 Disember 2018 - UPNM terus mempamerkan produk-produk penyelidikan daripada staf akademik mereka dengan menyertai karnival penyelidikan dan inovasi yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Pejabat TNC (Penyelidikan & Inovasi), UMK, Kelantan bermula 3 hingga 5 Disember 2018 di kampus kota, Pengkalan Chepa, Kelantan. UMK Karnival Penyelidikan dan Inovasi ini dirasmikan oleh wakil KPM dengan menyaksikan pelbagai produk penyelidikan daripada pihak staf akademik, industri dan juga para pelajar UMK sendiri.



Sehubungan dengan itu, UPNM telah menghantar dua wakil iaitu daripada Pusat Keselamatan Siber dan FPPP dengan produk masing-masing yang dikenali dengan produk “A Pixel Value Password Scheme on Mobile Devices for Access Control Applications” oleh Dr. Mohd Fahmi bin Mohamad Amran dan produk “Model Penghayatan Nilai Murni Berteraskan Piawaian Syari’ah (MS1900:2014) Dalam Institusi Pengajian Swasta” oleh Prof. Madya Dr. Hj. Hasan Al-Banna bin Mohamed.



Akhirnya, keputusan daripada penjurian profesional kedua-dua produk daripada UPNM tersebut telah dianugerahkan dengan PINGAT PERAK. Harapan agar kejayaan sebegini mampu memberi dorongan dan motivasi terutamanya kepada staf-staf akademik baharu untuk terus menggapai kegemilangan UPNM pada masa hadapan.

Last Edited : Tuesday, 18 Dec 2018