Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
27 June 2019 / 24 Syawal 1440
Setting

NDUM BULLETIN

Majlis Pelancaran Persatuan Alumni UPNM

Author :HEPA Friday, 25 Jan 2019


KUALA LUMPUR, 25 Januari 2019 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Persatuan Alumni UPNM telah menganjurkan Majlis Pelancaran Persatuan Alumni UPNM dan Pelancaran Kad Alumni UPNM hari ini, bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Pertahanan. Objektif penganjuran majlis pelancaran ini adalah untuk memperkasakan persatuan alumni dengan mengumpulkan para alumni dari seluruh Malaysia sebagai satu penghargaan kepada mereka dan ianya juga dapat mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain. Ianya juga dilihat sebagai satu medium untuk memupuk rasa pemilikan bersama (self-belonging) yang tinggi dalam diri alumni terhadap UPNM sebagai Alma meter. Justeru, dengan adanya majlis sebegini sudah pasti akan dapat membentuk jaringan atau networking antara alumni dan pihak pengurusan universiti dalam merencana pelbagai aktiviti dan program demi memajukan lagi Persatuan Alumni UPNM di masa hadapan. Selaras dengan hasrat KPM dalam membangunkan alumni di universiti masing-masing, penubuhan persatuan alumni ini juga dilihat sebagai satu platform rasmi untuk para alumni menyumbang idea, kepakaran, kewangan, dan tenaga dalam mencapai matlamat mengekalkan kecemerlangan universiti dalam melahirkan kepimpinan Leaders of Character.



Majlis Pelancaran Persatuan Alumni UPNM ini dihadiri seramai 2,286 alumni yang telah bergraduat semenjak penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada Jun 1995 dan penubuhan UPNM pada November 2006. Sebahagian besar daripada alumni UPNM adalah mereka yang telah dan masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia dan selebihnya adalah alumni yang berkhidmat di dalam pelbagai sektor pekerjaan yang lain.



Majlis Pelancaran Persatuan Alumni UPNM ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.


Turut hadir ke majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara, Naib Canselor UPNM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, Pihak Pengurusan Tertinggi ATM dan Universiti.


Last Edited : Tuesday, 29 Jan 2019