Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
19 November 2019 / 21 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Majlis Amanat Naib Canselor UPNM 2019

Author :BKKPA Tuesday, 29 Jan 2019


UPNM, 29 Januari 2019 – Universiti Pertahanan Nasional Pertahanan Malaysia (UPNM) mengadakan perhimpunan Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2019 bertempat di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari, UPNM. Seawal 8.30 pagi seluruh warga UPNM memenuhi dewan untuk mendengar Amanat Tahunan bagi tahun 2019 daripada YBhg. Lt Jen Hj Abdul Halim bin Hj Jalal, Naib Canselor UPNM. Perhimpunan ini juga merupakan perjumpaan pertama kalinya beliau bersama seluruh warga UPNM yang terdiri daripada pengurusan tertinggi sehinggalah kepada staf kumpulan sokongan terendah selepas beliau mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Naib Canselor pada Mei 2018 yang lalu.



Dalam ucapannya, beliau menekankan penerapan “Semangat Berilmu Untuk Berbakti Demi Kedaulatan Ibu Pertiwi” yang mestilah sentiasa dijadikan asas dalam apa jua aspek pentadbiran dan akademik ke arah melahirkan pelajar yang berintelektual dan berketrampilan di masa hadapan. Bagi mencapai hasrat penerapan yang dinyatakan ini, UPNM perlulah berasaskan kepada dua perkara utama ini iaitu Budaya Akademik dan Ethos Keperwiraan sebagai tunjang pelaksanaannya.


Intipati Budaya Akademik merangkumi lima (5) aspek penting antaranya:


1. Usaha dalam menjamin pengekalan prestij dan kredibiliti akademik;


2. Penerokaan serta penambahan ilmu dan wawasan;


3. Penerapan pemikiran rasional serta kritis-analitis dengan bertunjangkan tanggungjawab moral dunia akademik;


4. Pemurniaan kokurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran secara berkala; dan


5. Penawaran program akademik baharu oleh Fakulti/Pusat.



Intipati Ethos Keperwiraan merangkumi empat (4) aspek penting antaranya:


1. Pembudayaan sistem nilai yang berteraskan Rukun Negara, Ikrar Kesatria, Prinsip-prinsip Keperwiraan Moral dan Etika;


2. Penerapan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara yang sewajibnya dapat dilihat dan dirasai, bukan retorik semata-mata;


3. Pembudayaan kepimpinan melalui tauladan di mana pegawai dan staf bertindak sebagai agen perubahan; dan


4. Memperkasakan kod perilaku dan sahsiah pelajar (the student atau officer cadet code of conduct) yang terpakai kepada semua pelajar dan mestilah menjadi komitmen bersama untuk menentukannya menjadi aturan rutin.



Last Edited : Tuesday, 29 Jan 2019