Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2019 / 24 Safar 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Kejohanan Olahraga Staf Antara Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) UPNM Piala Akademi Kecergasan Pertahanan Kali Ke-2 2019

Author :AKP Tuesday, 19 Feb 2019


Akademi Kecergasan Pertahanan, Univesiti Pertahanan Nasional Malaysia telah mengadakan Kejohanan Olahraga Staf Antara Fakulti / Pusat / Jabatan / Bahagian (FPJB) mulai 13 – 15 Februari 2019 bertempat di Trek Olahraga, UPNM. Kejohanan ini diadakan ke arah menanam budaya yang sihat dengan aktiviti-aktiviti riadah dan sukan.



Warga UPNM telah menyahut budaya ini dengan penyertaan yang menggalakan dari semua peringkat staf bermula dari peringkat pengurusan tertinggi, pegawai kanan, pensyarah dan pentadbir yang terdiri dari kumpulan profesional dan pelaksana.



Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Staf Antara FPJB Kali ke-2 ini dimenangi oleh Jabatan Pendaftar dari 15 FPJB yang dipertandingkan dengan pugutan keseluruhan 23 pingat iaitu 11 pingat emas, 6 pingat perak dan 6 pingat gangsa. Sempena acara penutup kejohanan ini, adakan acara khas iaitu perlumbaan Larian Emas 4 x 200 meter yang disertai sendiri oleh Naib Canselor dan pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai kanan univesiti.



Tahniah kepada semua pemenang dan semoga kejohanan ini terus diadakan bagi merapatkan lagi saf warga UPNM dan meningkatkan kebersamaan dalam budaya kerja warga UPNM.



Last Edited : Tuesday, 19 Feb 2019