Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2019 / 24 Safar 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Usaha Pelajar Logistik UPNM-TLDM Pulihara Ekosistem

Author :FPPP Tuesday, 05 Mar 2019


LUMUT, 25-27 Februari 2019 - Seramai 83 pelajar logistik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Pelajar UPNM-TLDM: Pelestarian Alam Sekitar melalui Khidmat Masyarakat di Hutan Simpan Lekir di Lumut, Perak.



Program ini dianjurkan oleh Kelab CSR FPPP Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Fakulti Bekalan dan Pengurusan TLDM, The Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM), National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) dan Hotel Virgo Teluk Batik.



Tujuan program ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya bakau dan usaha memulih dan memelihara sekitar 100 hektar hutan bakau yang terbiar di kawasan tersebut. Melalui program ini, para pelajar didedahkan dengan kepentingan ekosistem hutan bakau di kawasan sekitar dan hubungannya dengan isu-isu seperti perubahan iklim dan tsunami. Para pelajar dan pensyarah serta jurulatih menanam kira-kira 300 anak pokok bakau (Rhizophora Apiculata). Selain itu, program-program yang turut diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar UPNM dan TLDM ialah Program Supply Chain and Logistics dengan melawat ke Depot Bekalan Armada Barat dan ASRS dan Kapal Diraja (KD) Lekiu, Program Outreach NextGen CILTM “The Journey from MILT to CMILT”, Ceramah Keselamatan daripada pihak NIOSH dan Larian Teluk Batik.



Last Edited : Tuesday, 05 Mar 2019