Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2019 / 24 Safar 1441
Setting

NDUM BULLETIN

UPNM - MSU Tandatangan Kelangsungan Kerjasama Akademik

Author :FSTP Thursday, 11 Apr 2019


UPNM, 4 April 2019 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Management and Science University (MSU). MoU ini bertujuan untuk melaksanakan dan menggalakkan kerjasama penyelidikan berteraskan bidang sains komputer dan teknologi maklumat. MoU ini juga merupakan platform yang menghubungkan kerjasama strategik antara universiti awam dan swasta dalam membina negara menerusi pendidikan berkualiti berteraskan acuan yang tersendiri. MoU ini telah diusahakan oleh Special Interest Group, Informatics Intelligence, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, UPNM



Majlis menandatangani MoU diwakili oleh YBhg Lt Jen Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Jalal, Naib Canselor UPNM dan YBhg Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid, Presiden MSU.



Terdahulu YBhg Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Lt Jen Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Jalal dengan membincangkan hala tuju kerjasama yang bakal diteruskan sebelum MoU ditandatangani.


Adalah diharapkan agar MoU ini boleh mewujudkan lebih banyak kerjasama erat antara UPNM dan MSU yang mempunyai fokus dan kepakaran masing-masing bertepatan dengan era industrial 4.0.



Last Edited : Thursday, 11 Apr 2019