Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
27 June 2019 / 24 Syawal 1440
Setting

NDUM BULLETIN

Graduan UPNM Tarik Minat TNB

Author :BKKPA Friday, 12 Apr 2019



UPNM, 3 April 2019 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan rasmi dari Jabatan Talent Acquisition, Tenaga Nasional Berhad (TNB). Delegasi ini diketuai oleh Puan Rina Sarif, Pengurus Besar, Jabatan Talent Acquisition, Tenaga Nasional Berhad.



Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama pegawai-pegawai kanan. Lawatan dari TNB ini bagi menjalinkan hubungan strategi dari segi peluang pekerjaan para graduan UPNM ke dalam organisasi TNB. Kecemerlangan akademik dan ketenteraan yang dimiliki oleh graduan UPNM telah menarik minat TNB untuk menawarkan peluang pekerjaan yang mana telah menepati kriteria-kriteria utama sebagai pegawai di TNB. Dalam sesi taklimat UPNM, Puan Rini Sarif memberi jaminan bahawa graduan dari UPNM adalah dialu-alukan menyertai pasukan TNB dan mengakui mereka adalah berbeza dengan universiti-universiti awam yang lain.



Terdahulu, beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM di bilik Singgahsana. Rangka lawatan rasmi ini diakhiri dengan lawatan ke Simulasi Kapal di Pusat Maritim.



Last Edited : Friday, 12 Apr 2019