Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
25 June 2019 / 22 Syawal 1440
Setting

NDUM BULLETIN

Kelab CSR FPPP anjur Iftar untuk Rumah Anak Yatim Shifa

Author :FPPP Friday, 17 May 2019


KUALA LUMPUR, 11 Mei – Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan, Kelab CSR FPPP mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Shifa di Gombak, Kuala lumpur. Seramai 18 orang anak yatim bersama 4 orang pensyarah FPPP dan 20 orang mahasiswa UPNM hadir meraikan majlis berbuka puasa.



Pengasas Rumah Anak Yatim Shifa iaitu Mak Tom melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih atas ingatan pihak UPNM kepada anak-anak yatim Shifa. Sumbangan wang daripada warga FPPP kepada Rumah Anak Yatim Shifa telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw selaku Timbalan Dekan Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar FPPP dan Kolonel Amirudin bin Dato’ Sulaiman selaku Pengerusi Kelab CSR FPPP kepada Mak Tom. Pensyarah-pensyarah FPPP yang juga turut hadir ialah Puan Norlaila Mazura bt. Hj. Mohaiyadin dan Cik Khairunnisa bt. Mardzuki.


Majlis disempurnakan lagi dengan Tazkirah Ramadan, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Witir secara berjemaah yang dipimpin oleh Mejar Ustaz Mohamad Hanafiah bin Mat Zain. Selain itu, aktiviti kepimpinan pelajar-pelajar UPNM, kemahiran insaniah, dan perkongsian pengalaman melalui program Kelab CSR FPPP ini terserlah dengan mendekati dan memotivasi Shifa anak-anak yatim Shifa yang berumur daripada 4 hingga 18 tahun. Pasukan Kelab CSR FPPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang dalam bentuk kewangan dan makanan. Semoga amalan berkongsi rezeki ini beroleh ganjaran dunia dan akhirat.




Last Edited : Friday, 17 May 2019