Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
18 September 2019 / 18 Muharram 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Program Knowledge Transfer Pelajar FPPP Atas Kapal TLDM

Author :Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) Thursday, 30 May 2019

LUMUT, 24– 25 Mei- Jabatan Pengajian Strategi, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan telah menganjurkan satu Program Lawatan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak melibatkan 88 orang pelajar tahun 2 Sarjana Muda Pengajian Strategi Pertahanan. Program ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam melibatkan pelayaran Kapal Gagah Samudera dan Kapal Teguh Samudera bersama warga TLDM, pensyarah dan pelajar UPNM.



Program pembangunan ini merupakan sebuah program yang berteraskan kepada konsep ‘Knowledge Transfer’ secara ‘Field Study’ dan memberi pengalaman industri kepada pelajar berhubung persekitaran kepada tugas, peranan dan tanggungjawab sebagai warga TLDM. Selain daripada tu, ia juga bertujuan untuk mempelajari budaya kerja ‘Navy Culture’ serta amalan yang diterapkan sebagai pegawai TLDM selaras dengan prinsip UPNM iaitu untuk melahirkan graduan bercirikan ‘Leaders of Characters’ dan pemimpin yang lebih holistik.


Majlis berbuka puasa pelajar, pensyarah UPNM bersama warga TLDM dengan Tazkirah Ramadan, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Witir secara berjemaah di atas kapal. Makanan dihidangkan secara berdulang mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar, pensyarah UPNM dan warga TLDM.



Program ini diketuai oleh Dr. Tharishini Krishnan dan dibantu oleh Encik Amer Fawwaz bin Mohamad Yasid.

Last Edited : Thursday, 30 May 2019