Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Kursus Pengesanan Isu Perpaduan UPNM dan JPNIN

Author :Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) Wednesday, 17 Jul 2019



SUNGAI BULOH, 8 Julai hingga 12 Julai - Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan (JKKK), Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang kini lebih dikenali sebagai (PERPADUAN) telah menganjurkan Kursus Pengesanan Isu Perpaduan tahun 2019 di Akademi Hevea Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buloh, Selangor. Kursus ini dikendalikan oleh JKKK, FPPP dengan melibatkan pensyarah-pensyarah FPPP sebagai tenaga pengajar dan fasilitator.



Kursus pengesanan etnik ini bertujuan membimbing para peserta berkenaan yang membabitkan kaedah-kaedah berkesan untuk mengesan isu-isu perpaduan di Malaysia kepada para pegawai dan penolong pegawai perpaduan. Kursus ini mendedahkan teknik-teknik pengesanan dan pelaporan isu-isu atau insiden yang boleh menggugat perpaduan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dari segi kemahiran dan kepakaran di lapangan.



Kajian lapangan telah dijalankan di sekitar Jalan Kuching, Pasar Borong Kuala Lumpur, Kampung Nakhoda, dan Batu Caves. Kecekapan peserta-peserta JPNIN untuk mengesan dan bagi menguruskan insiden secara baik dan terkawal dan telah dipraktikkan. Kerjasama FPPP, UPNM dan JPNIN akan diteruskan dengan penerbitan modul perpaduan dan penganjuran kursus-kursus lain seperti kursus kepemimpinan dan pengurusan.

Last Edited : Wednesday, 17 Jul 2019