Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Program Mobiliti Antarabangsa UPNM ke CRMA

Author :BKKPA Wednesday, 21 Aug 2019


UPNM, 21 Ogos 2019 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan program mobiliti antarabangsa pelajar ke Chulachomkao Royal Military Academy (CRMA), Thailand pada 18 Ogos yang lalu sehingga 24 Ogos ini. Delegasi UPNM terdiri dari 20 orang Pegawai Kadet dan 10 orang PALAPES dengan diiringi oleh 2 orang pegawai.



Program ini merupakan program mobiliti antarabangsa UPNM yang menjadi program tahunan universiti ke arah menjalinkan kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik khasnya dan bidang ketenteraan dan keselamatan amnya. Terdahulu, CRMA telah pun mengadakan lawatan ke UPNM sebelum ini.



Sebagai mengeratkan lagi kerjasama ini, YBhg. Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM dengan ditemani isteri turut hadir bersama delegasi tersebut dan mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi CRMA. Hadir sama mengiringi Naib Canselor ialah YBhg. Brig Jen Dato’ Hj. Saharuddin bin Mansor TUDM, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM bersama isteri. Kesempatan ini juga Naib Canselor mengadakan perjumpaan bersama pelajar UPNM di majlis malam ramah mesra.


Last Edited : Wednesday, 21 Aug 2019