Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Selamat Datang kepada Pelajar Baharu UPNM

Author :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Friday, 06 Sep 2019

UPNM, 4 September 2019 – Dewan Tun Templer, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia baru-baru ini disemarakkan dengan bacaan Majlis Bacaan Ikrar dan perasmian Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD). Dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), program yang berlangsung pada 4 September 2019 berkenaan telah dihadiri oleh pelajar baharu yang mendaftar bagi program Sarjana Muda Sesi Akademik 2019/2020.



Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM. Turut hadir semasa majlis tersebut antaranya adalah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Mej. Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Brig. Jen. Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Prof. Dato’ Dr. Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat); Prof. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Brig Jen Dato’ Haji Saharuddin bin Mansor TUDM, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).



Pada majlis tersebut, semua pelajar yang melalui minggu orientasi bermula pada 3 hingga 6 September 2019 telah melafazkan ikrar yang mana ianya adalah simbolik perjanjian antara pelajar dan UPNM untuk terus menyanjung nilai dan budaya ilmu di samping menyemat semangat dan tekad untuk mengharumkan nama UPNM sepanjang tempoh pengajian.




Dengan cogan kata “Leader of Characters”, UPNM terus komited dalam melahirkan para graduan yang mempunyai nilai kemahiran insaniah dan kebolehpasaran yang tinggi dan holistik, sekaligus dapat menyumbang kepada kemajuan negara pada masa akan datang.

Last Edited : Friday, 06 Sep 2019