Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
19 November 2019 / 21 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

165 Pelajar Sertai Program DPPSP 2019

Author :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Saturday, 14 Sep 2019


UPNM, 12 September 2019 – Seramai 165 orang pelajar baharu telah menghadiri Majlis Pendaftaran Program Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan (DPPSP) 2019, bagi sesi akademik 2019/ 2020.


Program anjuran Institut Pengajian Eksekutif (NIEEd), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).



Turut hadir semasa majlis berkenaan adalah Kolonel (B) Sofian bin Kamaruddin, Pengarah Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd); YBhg. Brig. Jen Dato Hj. Saharuddin bin Mansor TUDM, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK); Brig. Jen Dato Mohd Sofi bin Md Lepi, Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan Lt Kol Prof. Madya Ariffin bin Ismail (Bersara), Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan.



Antara lain, majlis pendaftaran turut dihadiri wakil daripada Pengurusan UPNM, wakil daripada MTAT dan pelajar-pelajar universiti,




Bagi sesi kali ini, seramai 165 orang pelajar, termasuk 40 orang pelajar luar negara telah mendaftar dan akan memulakan pengajian bagi Kohort 49, Sesi 2019 / 2020.


Last Edited : Saturday, 14 Sep 2019