Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Kira Turun Warriors Challenge 4.0, Bermula!

Author :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Wednesday, 18 Sep 2019

Putrajaya, 17 September 2019 – Bermula tahun 2016, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengorak langkah dan telah menganjurkan Warriors Challenge, acara sukan lasak ala ketenteraan yang terbuka kepada semua golongan.


Memasuki tahun keempat penganjurannya, Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa, UPNM baru-baru ini telah mengadakan majlis prapelancaran Warriors Challenge 4.0 di Galeri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.


Acara dimulakan dengan persembahan war dance oleh pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di foyer Menara KBS. Rata-rata tetamu kehormat dan hadirin daripada KBS dan UPNM terpegun dengan persembahan bertenaga oleh setiap pegawai kadet berkenaan.




Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM diikuti oleh ucapan perasmian oleh YBhg. Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha, KBS sekaligus menyempurnakan majlis pada hari berkenaan. Turut hadir adalah pihak pengurusan utama KBS dan UPNM serta jemputan lain.





Menyahut cabaran YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan semasa perasmian Warriors Challenge pada tahun lalu yang mahukan program berkenaan diangkat ke peringkat nasional, Warriors Challenge 4.0 mensasarkan sebanyak 2,000 penyertaan pada tahun ini.


Seperti tahun-tahun lalu, Warriors Challenge akan mengambil tempat di UPNM dan kawasan sekitarnya. Pelbagai cabaran dan halangan tersedia, sesuai bagi mereka yang mahukan cabaran dan dahagakan sukan lasak. Dalam masa yang sama, Warriors Challenge dapat memupuk daya tahan yang utuh dalam diri setiap peserta.


Jadi, nantikan tarikh 19 Oktober 2019, kerana itulah harinya di mana Warriors Challenge 4.0 akan berlangsung!


Last Edited : Wednesday, 18 Sep 2019