Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
18 November 2019 / 20 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Gerak Kerja Program Sekolahku Universitiku Siri 1

Author :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Wednesday, 18 Sep 2019

Kuala Lumpur, 14 September 2019 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan SK Bukit Pantai baru-baru ini telah menganjurkan gerak kerja Program Sekolahku Universitiku di SK Bukit Pantai, Kuala Lumpur.


Gerak kerja berkenaan telah disertai oleh seramai 60 orang pelajar daripada Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Pusat Bahasa dan Akademi Kecergasan Pertahanan, ditemani oleh kakitangan UPNM. Wakil daripada JPT, KPM serta wakil guru daripada SK Bukit Pantai turut hadir semasa program gerak kerja berkenaan.




Aktiviti gerak kerja bergotong-royong yang telah diadakan pada siri berkenaan adalah lepaan simen dan sesi mengecat di kawasan kantin sekolah, bagi tujuan penambahbaikan fizikal kantin sekolah berkenaan.






Dalam siri-siri akan datang, UPNM akan turut terlibat dalam pemasangan kipas dinding, hiasan lanskap, dan pemasangan Speaker’s Corner. Merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu sekolah yang kurang berkemampuan, program Sekolahku Universitiku merupakan sebuah program akan dijalankan sehingga tahun 2020.

Last Edited : Wednesday, 18 Sep 2019