Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2019 / 22 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Majlis Perasmian Kursus dan Sesi Menandatangani MOA di PUSPAHANAS

Author :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Friday, 20 Sep 2019


Putrajaya, 20 September 2019 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Kementerian Pertahanan untuk pelaksanaan program Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Kompleks Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.


Memorandum berkenaan telah ditandatangani YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan YBhg. Lt Jen Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Jalal, Naib Canselor UPNM sambil disaksikan oleh YBhg General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera dan tetamu kehormat yang lain.


Memorandum Perjanjian berkenaan telah ditandatangani semasa Majlis Perasmian Kursus Ketahanan Nasional 2020, Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Siri 40/20 dan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 49/2020.


Untuk makluman, MKN menyediakan kursus berkaitan perkara-perkara strategik dan pertahanan nasional kepada pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Kolonel dan Brigadier Jeneral. Kursus Ketahanan Nasional 2020 melibatkan seramai 20 orang pegawai kanan dari perkhidmatan darat, laut dan udara sebagai pioneer di maktab ini.





Last Edited : Friday, 20 Sep 2019