Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
14 November 2019 / 16 Rabiul Awal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Penglibatan mantan Dekan FPPP, UPNM dalam Pementasan Teater Bangsawan Sultan Mehmet Al-Fateh

Author :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) Friday, 27 Sep 2019

Kuala Lumpur, September 2019 - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC, Tourism Malaysia) telah mempersembahkan Pementasan Teater Bangsawan: Sultan Mehmet Al-Fateh sempena Siri Semarak Bangsawan 2019. Pementasan tersebut telah diadakan dengan jayanya pada 20, 21 dan 22 September 2019, 8.30 – 10.45 malam bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Selain itu, pementasan ini telah dijayakan oleh beberapa aktivis teater terkenal seperti Dollah Gambus Al-Linggi, Wan Raja, Eliza Mustafa, Sheera Iskandar dan ramai lagi.



Pementasan turut disempurnakan dengan penglibatan ahli akademik dan para pelajar daripada universiti dan institusi pengajian tinggi seperti ASWARA, UKM dan UPNM. Antara pelakon daripada Akademia seperti Prof. Ir. Dato’ Dr. Othman A. Karim iaitu TNC (HEPA), UKM serta Prof. Madya Dr. Hj. Hasan Al-Banna bin Mohamed daripada Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kedua-dua mereka berlakon sebagai Sheikh Ahmad Al-Kurani yang menjadi guru Al-Qur’an semasa Sultan Mehmet Al-Fateh masih kecil.



Manakala penulis skrip utamanya adalah hasil nukilan penyelidikan daripada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh daripada Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), UPNM. Teater Bangsawan ini adalah kali pertama dilakonkan mengenai pementasan di luar penceritaan kisah-kisah Bangsawan Melayu. Sambutan daripada penonton amat memberangsangkan sehingga Auditorium hampir penuh pada setiap malam pementasan.


Last Edited : Friday, 27 Sep 2019