Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
15 December 2019 / 18 Rabiul Akhir 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Gerak Kerja Program Sekolahku Universitiku Siri 2

Author :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Tuesday, 01 Oct 2019

Kuala Lumpur, 28 September 2019 – Gerak kerja program Sekolahku Universitiku diteruskan lagi untuk kali kedua, selepas gerak kerja pertama berlangsung pada 14 September lalu.


Kali ini disertai oleh 62 pelajar daripada Pusat Asasi Pertahanan, program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan SK Bukit Pantai bagi kali ini melihatkan sesi mengecat dinding dan siling di sekitar kawasan kantin sekolah dan kafeteria guru SK Bukit Pantai.



Gerak kerja seterusnya dijadualkan berlangsung pada 5, 12 dan 19 Oktober 2019 di mana selain sesi pelestarian kawasan kantin sekolah berkenaan akan diteruskan, latihan koir dan war dance juga akan diberikan kepada pelajar sekolah berkenaan.


Perasmian program Sekolahku Universitiku dijadualkan berlangsung di SK Bukit Pantai pada 22 Oktober 2019 oleh YB Dr Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan.





Last Edited : Tuesday, 01 Oct 2019