Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
29 May 2020 / 7 Syawal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Program Kunjungan Hormat Fasa 1 MPP UPNM Sesi 2019/2020 ke FPJB UPNM

Author :Naib Setiausaha Agung MPP UPNM Wednesday, 04 Mar 2020



UPNM, 26 Februari 2020 - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (MPP UPNM) sesi 2019/2020 telah mengadakan Program Kunjungan Hormat dari Fasa 1 ke beberapa buah Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) UPNM. Program ini merupakan program pertama bagi sesi 2020 dan telah diadakan selama seminggu bermula daripada 17 hingga 21 Februari 2020. Sebanyak 9 daripada 16 buah FPJB telah terlibat dalam menjayakan Program Kunjungan Hormat Fasa 1 ini dan selebihnya akan diadakan dalam masa terdekat.



Program ini berkonsepkan diskusi antara wakil MPP dan wakil Pengurusan Universiti. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pelajar-pelajar UPNM mengenai permasalahan yang dihadapi di dalam kampus dan sebagai medium penyaluran maklumat-maklumat terkini daripada pihak pengurusan secara terus. Secara tidak langsung, program ini dapat menjalin dan mengeratkan lagi ukhuwah antara Pihak Pengurusan Universiti, Majlis Perwakilan Pelajar dan pelajar-pelajar.



Pihak MPP UPNM sesi 2019/2020 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak FPJB UPNM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana sudi menerima kunjungan kami dalam menjayakan program ini.


BERSAMA SAYANGI UPNM KITA


Last Edited : Wednesday, 04 Mar 2020