Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
29 May 2020 / 7 Syawal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Laporan Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti (MPQ) Bil. 1/2020 Universiti Awam (UA)

Author :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Thursday, 12 Mar 2020


Terengganu - Pada 09 Mac 2020 (Isnin) yang lalu, mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti (MPQ) Bil 1/2020 Universiti Awam (UA) telah diadakan dengan jayanya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Mesyuarat yang dijadualkan secara berkala ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD), Prof. Madya Dr. Hasan Al-Banna bin Mohamed dan Dr. Muhamad Faiz bin Md Din, Penyelaras Unit Jaminan Kualiti Akademik (AQA), Pusat Pembangunan Akademik.


Mesyuarat yang dihadiri oleh semua wakil-wakil UA ini membincangkan pelbagai isu kualiti pengurusan dan kualiti akademik melibatkan pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan Malaysia Qualifications Agency (MQA). Antara perkara yang dibincangkan adalah penambahbaikan kualiti akademik dan pentadbiran, audit, penandaarasan dan isu-isu strategik pengurusan kualiti melibatkan semua UA.


Selain dapat meluaskan jaringan rangkaian hubungan sesama UA, mesyuarat ini juga merupakan perantara yang sangat baik untuk bertukar-tukar pendapat dan idea dalam menambah baik perkhidmatan kualiti di semua agensi.



Last Edited : Thursday, 12 Mar 2020