Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
29 May 2020 / 7 Syawal 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah Bagi Mod Penyelidikan, Sesi Kemasukan Mac 2020

Author :Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Tuesday, 17 Mar 2020



Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bagi mod penyelidikan untuk Sesi Kemasukan Mac 2020 pada 2 Mac 2020 (Isnin) bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin. Seramai 50 orang pelajar telah ditawarkan mengikuti program Doktor Falsafah dan program Sarjana.




Pengurusan Universiti, Dekan/Pusat Pengajian dan Timbalan Dekan/Pusat Pengajian serta Penyelia Utama pelajar turut hadir pada hari tersebut. Kata alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Brig Jen Prof. Ir Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara), Pemangku tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan YBhg. Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan, PPS. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Risby bin Mohd Sohaimi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah), PPS dan En. Khairul Anuar bin Zainudin, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim kepada pelajar baharu pascasiswazah.




Last Edited : Tuesday, 17 Mar 2020