Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
02 December 2020 / 16 Rabiul Akhir 1442
Setting

NDUM BULLETIN

IP Awareness Seminar & Clinic

Author :Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) Thursday, 08 Oct 2020


Unit Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dengan kerjasama Pusat Asasi Pertahanan telah mengadakan IP Awareness Seminar & Clinic pada 6 Okt 2020 bertempat di Dewan Bestari, UPNM. Tujuan utama penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih optimum kepada penyelidik UPNM berkenaan harta intelek. Ini sekaligus membawa kepada penghasilan harta intelek yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai kebolehpasaran seterusnya membawa kepada agenda pengkomersialan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk membantu penyelidik UPNM lebih memahami harta intelek dan memotivasikan penyelidik menghasilkan penyelidikan yang berkualiti serta mengalakkan pembudayaan penyelidikan di kalangan penyelidik di UPNM.



Seminar ini telah dihadiri oleh 50 peserta yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik Pusat Asasi Pertahanan. Oleh kerana dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19, seminar ini dilaksanakan dalam keadaan norma baharu dengan mematuhi SOP yang yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Seminar sehari ini telah berjaya berkongsi bagaimana melindungi harta intelek dan memberi kesedaran tentang perlunya melindungi hasil penyelidikan.



Last Edited : Thursday, 08 Oct 2020