Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
02 December 2020 / 16 Rabiul Akhir 1442
Setting

NDUM BULLETIN

Bengkel Semakan Dokumen MS 1900: 2014 di UPNM Bersama Sirim STS

Author :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Tuesday, 13 Oct 2020

UPNM, 8 Oktober 2020 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah kendalian Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) telah menganjurkan Bengkel Semakan Dokumen MS 1900:2014 (Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bersama pihak SIRIM STS. Sdn. Bhd.


Perasmian Pembukaan Bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Hasan Al-Banna bin Mohamed, Pengarah PJKPD. Taklimat semakan dokumen telah disampaikan oleh Encik Mohammad Izzat Naqib bin Md Yusof, Senior Executive, Training and Consultancy Department, SIRIM STS Sdn. Bhd.



Bengkel ini telah dikendalikan dalam norma baharu Pandemik COVID-19, bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi oleh semua peserta. Sesi semakan telah dibuat oleh wakil SIRIM terhadap semua 13 cadangan prosedur baharu. Bengkel ini melibatkan peserta yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai dari Pusat Islam, Pegawai-Pegawai dari Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan Ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU), UPNM.


Perasmian Penutup Bengkel Semakan Dokumen MS 1900:2014 (Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah) ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) selaku Pengurus Kualiti, UPNM bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UPNM disekalikan dengan majlis penutup bagi Bengkel Semakan Dokumen Dalaman MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti).


Last Edited : Tuesday, 13 Oct 2020