Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
02 December 2020 / 16 Rabiul Akhir 1442
Setting

NDUM BULLETIN

Bengkel Semakan Dokumen MS 9001: 2015 di UPNM

Author :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Tuesday, 13 Oct 2020

UPNM, 7-8 Oktober 2020 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah kendalian Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) telah berjaya menganjurkan Bengkel Semakan Dokumen MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Bangunan Canselori, UPNM. Bengkel selama dua hari ini bertujuan menyemak dan mengemas kini kesemua prosedur kualiti sedia ada dan baharu untuk menghadapi persediaan Focus Audit (FV) oleh pihak Lloyd’s Register.


Perasmian Pembukaan Bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Hasan Al-Banna bin Mohamed, Pengarah PJKPD. Taklimat telah disampaikan kepada dua kumpulan iaitu melibatkan sebilangan peserta di Bilik Mesyuarat JPP, UPNM dan sebilangan besar peserta lain adalah menerusi dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams.



Bengkel ini telah dikendalikan dalam norma baharu Pandemik Covid-19, corak pengendalian bengkel ini telah mengambil kira keberadaan peserta yang terhad dalam satu-satu masa. Hal ini bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi oleh semua peserta. Atas dasar itulah, peserta telah dibahagi kepada lapan kumpulan kecil. Fokus kumpulan hanya tertumpu kepada prosedur yang berkaitan sahaja pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan telah dibimbing oleh seorang moderator yang terdiri daripada Pengarah PJKPD, Timbalan Pengarah, Pengurus Dokumen, Pegawai Rekod dan lain-lain moderator dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti (JJKU), UPNM. Penglibatan dan komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua peserta telah menjadikan bengkel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Manariknya lagi, Perasmian Penutup Bengkel Semakan Dokumen MS ISO 9001:2015 ini telah disekalikan dengan Bengkel Semakan Dokumen MS 1900:2014 (Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Penolong Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) selaku Pengurus Kualiti, UPNM yang bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UPNM.


Last Edited : Tuesday, 13 Oct 2020