Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Setting

PENGENALAN

SELAMAT DATANG dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Jabatan Pendaftar UPNM. Jabatan Pendaftar diwujudkan sejak UPNM ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia, akademik pelajar, kemudahan am dan keselamatan Universiti.

Peranan Jabatan Pendaftar di universiti adalah penting dalam menyediakan Perkhidmatan dan kemudahan kepada semua staf. Di samping menjalankan tugas hakiki seperti Pengurusan dan pentadbiran sumber Manusia, kini peranan jabatan pendaftar lebih mencabar sebagai nadi sistem urus tadbir yang berkualiti dan efisyen dalam membantu universiti mencapai matlamatnya.

Jabatan Pendaftar juga bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan akademik yang dikendalikan di bawah Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Hal-hal yang dimaksudkan adalah seperti urusan temuduga pelajar, pengambilan pelajar, kemasukan pelajar, pendaftaran pelajar, maklumat rekod pelajar, penjadualan kuliah, peperiksaan dan pengijazahan seiring dengan matlamat dan objektif universiti. Untuk maklumat lanjut mengenai bahagian ini, sila ke laman http://www.upnm.edu.my/index.php?req=d14


Jabatan Pendaftar
Aras Bawah , Bangunan Canselori
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 603-9051 3400 Faks: 603-9058 1536

Sila kunjungi halaman kami di http://pendaftar.upnm.edu.my

Last Updated: 31 January 2013