Penubuhan kursi Kepimpinan ini telah dipersetujui melalui mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti dan Pemegang Kursi Kepimpinan telah dilantik bermula 4 Oktober 2016.
Peranan Kursi Kepimpinan ini meliputi:
1. Membangun korpus ilmu dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, penyelidikan serta jaringan;
2. Membina, mengekal dan memperkukuh jaringan dengan rakan strategik di dalam dan luar negara;
3. Membangun ilmu kepimpinan ketenteraan
4. Menjadikan Kursi Kepimpinan UPNM sebagai pusat kecemerlangan berkualiti;
Kursi Kepimpinan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bertekad menjadi lead universiti dalam bidang kepimpinan terutama nya kepimpinan ketenteraan (military leadership).
Kursi kepimpinan UPNM sebagai bahagian membangun korpus ilmu ulung yang menyubur kefahaman kepimpinan
Mengembling akademea tentera yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam aspek ketenteraan akan menambah baik kepada hasil penyelidikan.
Memanjangkan korpus ilmu dalam bidang penyelidikan dan percambahan ilmu kepimpinan dengan merencana program kepimpinan.
Penubuhan Kursi ini bertujuan untuk menjadikan UPNM sebagai lead Universiti didalam bidang kepimpinan terutamanya kepimpinan ketenteraan (military leadership). Penekanan dalam kepimpinan ketenteraan adalah berasaskan raison d’etre universiti dimana keselamatan dan pertahanan menjadi tujahan utama universiti.
Penumpuan kepada military leadership akan memberi kelebihan daya saing berbanding dengan universiti tempatan lain berasaskan latar belakang universiti yang berteraskan ketenteraan. Disamping itu penggembelingan akademea tentera yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam aspek ketenteraan akan menambah baik kepada hasil penyelidikan.
Universiti ini juga mempunyai pusat kepimpinan (leadership centre) yang berfungsi untuk melaksanakan program program kepimpinan. Penyandang kursi kepimpinan akan berkerjasama dengan pusat ini untuk memanjangkan keberhasilan terbaik dengan kerjasama kedua dua entiti ini.
Penumpuan penyandang kursi adalah terhadap memanjangkan korpus ilmu di dalam bidang penyelidikan dan bercambahan ilmu kepimpinan dengan merencana program aktiviti berikut: