17 Januari 2024 - UPNM telah menerima lawatan kerja daripada Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia yang diketuai oleh Dr. Muhammad Razak bin Idris, Setiausaha Politik, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari ini.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan perkongsian daripada UPNM berkaitan sejarah penubuhan dan governan UPNM. Hasil perkongsian tersebut akan membantu dalam memberikan idea bagi penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia malah bakal melakar sejarah tersendiri kerana ia merupakan Universiti Al-Quran pertama di Malaysia.

*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/uXFh1igTAKE?si=Ew7pA9jequLE9pZE