![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
SYARAT KELAYAKAN MASUK (Mod Penyelidikan)
Permohonan untuk program pengajian siswazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.
Program Sarjana
i. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75, dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan tidak mencapai CGPA 2.75, boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman; atau
iii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengan PNGK tidak mencapai CGPA 2.50, boleh diterima tertakluk kepada pengalaman kerja selama 5 tahun dalam bidang yang berkaitan; atau
iv. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan
v Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.
Program Doktor Falsafah
i. Ijazah Sarjana dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
ii. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana;dan
iii. Keperluan-keperluan lain seperti yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.
SYARAT KELAYAKAN MASUK (Mod Kerja Kursus), sila rujuk di sini.