Pelajar perlu menduduki dan lulus peperiksaan lisan sebelum penganugerahan ijazah. Peperiksaan lisan dikendalikan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Lisan yang terdiri daripada:
1. Pengerusi yang terdiri daripada ahli akademik yang berkaitan dengan bidang pengajian
pelajar yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti;
2. Pemeriksa Luar;
3. Pemeriksa Dalam (ahli akademik yang berkaitan dengan bidang pengajian pelajar);
4. Penyelia (sebagai pemerhati); dan
5. Wakil Pusat Pengajian Siswazah