Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

SISTEM ICT

Bagi memantapkan lagi gerak kerja warga UPNM, UPNM menyediakan beberapa aplikasi sokongan yang dibangunkan oleh Kakitangan UPNM khususnya melalui Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Aplikasi-aplikasi sokongan ini diharap dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada di UPNM. Dari semasa ke semasa pelbagi lagi perkhidmatan berbentuk ONLINE akan diperbanyakkan lagi sesuai mengikut perkembangan teknologi semasa.
Berikut adalah sedikit deskripsi berkenaan sistem aplikasi-aplikasi sokongan Universiti

Sistem Aplikasi Yang Telah Dibangunkan adalah seperti berikut;

Sistem Temuduga Pengambilan Pegawai Kadet
Sistem Temuduga semasa Hari Pendaftaran dan Temuduga bakal Pegawai Kadet.

Sistem Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru
Sistem Pendaftaran Pelajar digunakan oleh pihak Bahagian Pengurusan Akademik pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru dan Pendaftaran Pegawai Kadet yang mengikuti Program Tunas Wira.

Perkhidmatan mySMS UPNM
Gerbang SMS Kerajaan mySMS adalah satu usaha yang membolehkan pelajar atau orang ramai mendapatkan perkhidmatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.

Perkhidmatan mySMS UPNM digunakan bagi penghantaran mesej kepada ramai pengguna telefon mudah alih pada satu masa. Caj SMS bagi perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah RM 0.10 akan ditanggung oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah
Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah Secara Atas Talian digunakan oleh pelajar-pelajar UPNM bagi tujuan memberi penilaian kepada pensyarah yang mengajar mereka. Sistem ini dibuka sebanyak dua kali pada setiap tahun.

Sistem Semakan Calon Layak Temuduga dan Jaya Temuduga
Sistem Semakan Web terbahagi kepada dua jenis, iaitu Semakan Web Calon Layak Temu duga UPNM dan Semakan Web Pelajar Jaya Temu duga. Sistem ini boleh diakses di web pada masa-masa tertentu mengikut keperluan pengguna.

Sistem Projek Sarjana Muda (PSM)
Sistem Projek Sarjana Muda ini akan diguna pakai oleh pelajar-pelajar yang ingin mendaftarkan Projek Sarjana Muda

Sistem Pengurusan Konvokesyen Graduan
Sistem Pengurusan Graduan ini telah digunapakai semasa Hari Konvokesyen pada bulan Oktober 2010. Sistem ini adalah untuk mengendalikan pengurusan perarakan para graduan UPNM di atas pentas Diraja.

E-Recruitment
Sistem e-Recuirement atau Sistem Permohonan Jawatan Secara online adalah sistem bagi pemohon yang ingin memohon jawatan yang yang diiklankan dalam laman web Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Dengan adanya sistem permohonan jawatan secara talian ini, pemohon dapat mengisi maklumat tentang latar belakang, taraf pendidikan dan pengalaman bekerja mereka mengikut format yang telah ditetapkan dalam sistem ini oleh universiti.

Sistem myProfile
Merupakan sebuah sistem yang membolehkan staf UPNM menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi masing-masing.

Prestasi Online
Sebuah sistem yang membolehkan PTj dan Fakulti merekod maklumat Laporan Penilaian Prestasi Tahunan staf masing-masing.

E-direktori
Merupakan sebuah laman direktori telefon yang dibangunkan secara dalam talian. Sistem ini membolehkan maklumat telefon dan jabatan staf dipaparkan berdasarkan carian pengguna.

E-Aduan
Sistem e-Aduan merupakan satu daripada saluran yang membolehkan pelanggan UPNM mengemukakan pelbagai cadangan/aduan ataupun maklumbalas untuk memperbaik dan menambahbaik sistem pentadbiran, akademik, kewangan dan hal-hal berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kualiti di UPNM.

E-Klinik
Membangunkan sistem klinik untuk kegunaan Pusat Perubatan UPNM. Membolehkan sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak Pusat Perubatan UPNM.

Perkhidmatan mySMS yang telah dilaksanakan di UPNM:

SMS DOD (Documentation on Demand) – Perkhidmatan untuk mendapatkan Borang Perjawatan Akademik dan Bukan Akademik. Pengguna perlu menghantar SMS untuk mendapatkan borang-borang tersebut terus ke emel mereka.

SMS IOD (Information On Demand) – Perkhidmatan untuk mendapatkan Info. Pengguna perlu menghantar SMS untuk mendapatkan alamat UPNM.

SMS E-Hubung – Perkhidmatan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan semester.

SMS Broadcast – Perkhidmatan untuk panggilan temuduga calon-calon Pegawai Kadet UPNM

Tarikh Kemaskini: 06 April 2012