Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
25 June 2017 / 30 Ramadhan 1438
Tetapan

KAUNSELING & KERJAYA UPNM

Pengenalan

Unit Kaunseling dan Kerjaya merupakan satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM yang memberikan perkhidmatan membantu pelajar dalam pertumbuhan dan perkembangan diri melalui pendekatan kaunseling dan psikologi. Tujuan utama adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program pembangunan kerjaya pelajar sejajar dengan hasrat UPNM melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing serta melahirkan leader of character.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tel : 03-90513479
Faks: 03- 90565911

Objektif perkhidmatan:
• Memahami diri sendiri
• Sedar potensi diri
• Lebih berkeyakinan
• Bijak membuat keputusan
• Sikap ingin tahu dan suka memperbaiki diri
• Tahan cabaran.

Matlamat Kaunseling
Supaya individu mengenali diri dan berfungsi dengan lebih produktif, efektif dan berkemampuan mengendalikan kehidupan dengan sempurna

Perkhidmatan yang disediakan:
• Kaunseling individu, kelompok
• Bimbingan dan penasihatan
• Rundingan
• Klinik/bengkel kaunseling
• Ujian psikologi
• Latihan asas kaunseling
• Khidmat PRS ( Pembimbing Rakan Siswa/i)
• Program Pembangunan Kendiri dan Pemingkatan Kemahiran
• Program Finishing School

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
• Temujanji melalui telefon
• Bersemuka atau datang sendiri ke unit kaunseling
• Email
• Surat menyurat

Tarikh Kemaskini: 10 April 2013