Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 August 2017 / 24 Zulkaedah 1438
Tetapan

KEGIATAN KO-KURIKULUM

Pihak universiti telah menetapkan kegiatan ko-kurikulum sebagai kursus berkredit tambahan yang merupakan sebahagian daripada komponen wajib bagi program pengajian di peringkat Sarjana Muda. Matlamat memberikan kredit kepada kegiatan ko-kurikulum ini jelas membayangkan hasrat universiti yang beriltizam terhadap kecemerlangan dalam pendidikan bagi membina dan melahirkan pelajar yang berkebolehan dan seimbang. Minimum kredit yang wajib diambil adalah 2 kredit sepanjang tempoh pengajian. Komponen kegiatan ko-kurikulum adalah seperti berikut:

Komponen Sukan
• Tenis
• Hoki
• Futsal
• Silat Seni
• Bola Sepak
• Tempur Tanpa Senjata

Komponen Pengucapan Awam
• Pengucapan Awam
• Pengaracaraan Majlis
• Asas Kewartawanan

Komponen Kebudayaan
• Muzik Gamelan
• Seni Tari
• Teater

Komponen Kesukarelawanan
• Asas Kesukarelawanan
• PALAPES (Junior)
• PALAPES (Intermediate)
• PALAPES (Senior)
• Latihan Ketenteraan Umum

Komponen Keusahawanan
• Asas Keusahawanan
• Siswa Niaga

Komponen Daya Usaha dan Inovasi
• Asas Fotografi
• Asas Videografi
• Seni Batik Canting
• Asas Reka Bentuk Robot

Komponen Khidmat Komuniti
• Baktisiswa

Tarikh Kemaskini: 10 April 2013