Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 August 2017 / 27 Zulkaedah 1438
Tetapan

PERKEMBANGAN KERJAYA

Cuti Belajar

Cuti Belajar terbahagi kepada 2 iaitu cuti belajar staf akademik dan cuti belajar staf bukan akademik.

Cuti Belajar Staf Akademik ditaja oleh SLAB /SLAI,KPT
Skim ini adalah untuk menghantar staf akademik pada peringkat lebih tinggi. Staf akademik yang dihantar balajar melalui skim ini akan menjalankan di peringkat pengajian Sarjana atau Ph.D di luar dan didalam negara. Staf yang dihantar untuk menyambung pelajaran di bawah skim ini akan dibayar gaji dan elaun-elaun seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Cuti Belajar Staf Bukan Akademik
Skim ini adalah untuk menghantar staf bukan akademik pada peringkat lebih tinggi sama ada diperingkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D di luar dan di dalam negara. Staf yang dihantar untuk menyambung pelajaran di bawah skim ini akan dibayar gaji dan elaun-elaun seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.


Cuti Sabatikal

Tujuan atau matlamat sebenar cuti sabatikal adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam bidang mereka. Ini selari dengan perkembangan ilmu yang sentiasa berkembang. Bagi mencapai matlamat ini pegawai dibenarkan menjalani cuti sabatikal untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

• penyelidikan;
• pengajian iaitu merangkumi kursus, latihan dan menyelesaikan pengajian PhD ;
• lawatan akademik dan saintifik yang berkaitan dengan bidang pengkhususan/kepakaran pegawai; dan
• penulisan buku karya asal dengan syarat pegawai hanya menulis satu buku sahaja dalam tempoh cuti sabatikal yang diluluskan. Kebenaran yang diberikan adalah hanya untuk menyudahkan penulisan sahaja. Bukan di peringkat permulaan penulisan dan mengajar di Universiti yang terkemuka di luar negeri.


Maklumat Lanjut dan rujukan :

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras Bawah, Bangunan Canselori
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
No.Tel : (+03) 9051 3400
Faks : (+03) 90581536
Email :pendaftar@upnm.edu.my

Tarikh Kemaskini: 28 Mac 2012