Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 October 2017 / 26 Muharram 1439
Tetapan

LATIHAN KAKITANGAN

DEFINISI

Latihan – proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.

Kursus Jangka Pendek – kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

Kursus Jangka Sederhana – kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

Kursus Jangka Panjang – kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

Kursus Dalaman – sebarang kursus atau latihan yang dianjurkan oleh Unit Latihan dan Kompetensi sama ada di dalam atau di luar.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Ketua Jabatan / Dekan
- memastikan kakitangan di bawah seliaan mengikuti latihan 7 hari setahun
- memberi pelepasan kepada kakitangan yang sedang mengikuti kursus / latihan
- memastikan setiap kakitangan mendapat peluang latihan dan menjadualkan tugas dengan teliti agar setiap kakitangan dapat menghadiri program latihan yang telah dimohon.

2. Kakitangan
- merancang keperluan latihan bagi tahun berkenaan
- memastikan dapat mengikuti latihan sebanyak 7 hari setahun

3. Urus setia (Unit Latihan dan Kompetensi)
- menyediakan latihan kepada kakitangan pentadbiran (bukan akademik)
- menjadi urus setia dalam setiap latihan yang dianjurkan

Tarikh Kemaskini: 28 Mac 2012