Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
27 June 2019 / 24 Syawal 1440
Tetapan

TERBITAN ILMIAH - 02

Tajuk Buku :
Rumpun Melayu – Minoriti & Diaspora

Penulis :
Wan Hashim Wan Teh

ISBN :
978-967-5985-126

Harga:
RM 25.00

Sinopsis :

Dianggarkan sekitar dua puluh kelompok rumpun Melayu yang berada dalam kategori masyarakat minoriti. Sebahagian besar mereka berada di luar sempadan geo-politik dan budaya Alam atau Dunia Melayu. Mereka ini diistilahkan sebagai Melayu diaspora. Yang lainnya adalah rumpun Melayu sebagai pribumi yang terdapat di Taiwan, Kemboja, Vietnam, Selatan Thailand, Selatan Myanmar dan Singapura. Terdapat sebilangan kecil mereka yang berhijarah keluar Alam Melayu pada zaman kerajaan Sri Wijaya sebelum era penjajahan seperti mereka di Pulau Madagascar tetapi mereka dianggap pribumi di pulau itu kerana mereka adalah kelompok yang pertama menubuh kerajaan disana. Majority mereka yang kini terdapat di negara-negara seperti Afrika Selatan, Sri Lanka, Australia, Arab Saudi, Mesir, England, Belanda, Perancis, Australia, Surinam, Amerika Syarikat, Kepulauan Carribean dan Kanada berhijarah pada zaman penjajahan dan sesudahnya. Dari sudut sosiologi, sebahagian besar mereka itu mengalami proses asimilasi ke dalam budaya masyarakat dominan. Namun agama Islam, sejarah penghijrahan, asal usul serta pengakuan diri mereka orang Melayu menjadi unsur utama untuk memperkenalkan diri mereka sebagai rumpun atau keturunan Melayu. Apa yang diandaikan oleh seorang sarjana Robert E. Park tentang teori kitaran hubungan etnik di mana umumnya kaum minoriti akan berasimilasi dengan kumpulan dominan adalah sesuatu yang boleh dibuktikan merujuk kepada sebahagian besar rumpun Melayu minoriti dan diaspora, walaupun terdapat pengecualiannya.

Tarikh Kemaskini: 28 Mac 2012