Isnin, 06 September 2010

MS ISO 9001

Visi

Menjadi Universiti Pertahanan primier untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu.

Misi

UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan premier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga penyelidikan polisi.

Skop Perlaksanaan

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UPNM ialah Pengendalian Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU). SPK ini berasaskan Piawaian MS ISO 9001. Ia meliputi penyediaan khidmat pengajaran, peperiksaan dan penilaian Pengajian Akademik dan LKU.

Pengecualian aplikasi Pelaksanaan SPK di atas ialah :

Perkara 7.6 - Kawalan Peralatan Bagi Pemeriksaan dan Pengukuran kerana peralatan yang digunakan semasa pengajian dan latihan adalah bertujuan untuk kefahaman dan pendedahan aplikasi sahaja.

Skop Pelanggan

Pelanggan Dalaman ialah pelajar dan Pelanggan Misi yang terdiri dari pihak-pihak yang berkepentingan dengan UPNM, contohnya stakeholder iaitu Lembaga Pengarah UPNM, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kuatkuasa / Pelancaran

Sistem Pengurusan Kualiti ini adalah kesinambungan dari SPK ATMA yang telah dilancarkan sejak 1 September 2005. Tarikh kuatkuasa SPK UPNM pula pada bulan JUlai 2007 ( semasa semester 2007/2008 bermula )

Dasar Kualiti

Kualiti dan kecemerlangan menjadi komitmen setiap warga UPNM dalam penyediaan kemudahan-kemudahan dan pelaksanaan fungsi-fungsi akademik dan ketenteraan bagi penambahbaikan semua program penyampaian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU). Pelaksanaannya berasaskan Dasar Kualiti berikut :

"UPNM komited terhadap Pengendalian Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU) dilaksanakan dengan sistematik, cekap dan berkesan. UPNM hendaklah memastikan keperluan pelanggan dipenuhi serta penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan berasaskan Piawaian MS ISO 9001".

Pengurusan Atasan UPNM hendaklah memastikan Dasar Kualiti adalah sentiasa:

Objektif Kualiti

Pengurusan Atasan UPNM hendaklah menggubal dan mengkaji semula Objektif Kualiti sekurang-kurangnya sekali setahun berasaskan Perancangan Strategik Organisasi. Objektif Kualiti UPNM adalah seperti berikut :

  1. Penerimaan Aduan Pelanggan daripada pelajar ijazah sarjana muda tidak melebihi 3% pada setiap sesi pengajian.
  2. Memastikan minimum 20% graduan mencapai ijazah kelas kedua tinggi pada setiap tahun.
  3. Memastikan minimum 20% pelajar yang sedang mengikuti pengajian mencapai PNGK ≥ 3.0.
  4. Memastikan minimum 50% pelajar lulus LKU dengan pencapaian PNGK ≥ 3.0.
  5. Memastikan minimum 95% pelajar lulus LKU.
  6. Memastikan minimum 30% kakitangan UPNM menjalani 56 jam (7 hari) latihan kompetensi setahun.

Hiper Rangkaian
mygov  mygov  kptm  jpa  iim  myideas  msc  mampu