Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
27 June 2019 / 24 Syawal 1440
Tetapan

TERBITAN ILMIAH - 07

Tajuk Buku :
Melayu Cape di Afrika Selatan

Penulis :
Wan Hashim Wan Teh & Hanapi Dollah

ISBN :
978-983-46-0312-0

Harga:
RM 60.00

Sinopsis :

Lebih setengah juta keturunan Melayu kini mendiami di beberapa Bandar di Afrika Selatan seperti Cape Town, Johannesburg, Port Elizabeth, Simonston, Kimberly, Durban dan beberapa lagi. Mereka merupakan salah satu rumpun Melayu diaspora yang berhijrah ke sana mulai pertengahan abad ke-17 semasa Wilayah cape, Melaka dan sebahagian kepulauan Alam melayu di bawah penjajahan Belanda. Ketibaan golongan ulama seperti Sheikh Yusof dan Imam Abdullah Kadi dari Alam Melayu sebagai buangan politik telah mengasaskan serta mengembangkan agama Islam di sana. Walaupun menerima tekanan yang pedih daripada kuasa penjajahan dan kemudiannya rejim Aparteid, mereka masih berjaya mempertahankan jati diri sebagai rumpun Melayu yang beragama Islam. Ada dalam kalangan mereka muncul sebagai tokoh cemerlang kerana terlibat secara langsung dalam arena politik, gerakan menentang Aparteid serta aktif dalam bidang perniagaan dan kesenian.

Tarikh Kemaskini: 16 Mei 2012