Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang ke UPNM

Penulis :BKKPA Rabu, 20 Jun 2012


UPNM 29 Mei - UPNM menerima kunjungan hormat dan lawatan rasmi dari Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas ke UPNM. Ketibaan Tuan Yang Terutama dengan Pemeriksaan Kawalan Hormat dan Sesi Beramah Mesra di Bilik Singgahsana dan penyampaian cenderahati kenangan. Taklimat UPNM disampaikan oleh Lt Jen Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor di Bilik Mesyuarat LPU. Selepas sesi pembentangan, Dato’ Naib Canselor mengiringi Tuan Yang Terutama mengelilingi kawasan UPNM untuk melihat permandangan di UPNM sebelum jamuan makan tengah hari di Pusat Marin. Di Majlis tersebut, turut dirakamkan gambar kenangan bersama Tuan Yang Terutama dan Dato’ Naib Canselor bersama pegawai-pegawai kanan universiti.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 20 Jun 2012