Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan UniKL Rancang Penyelidikan Bersama

Penulis :BKKPA Rabu, 20 Jun 2012


UPNM 4 Jun - Lawatan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke UPNM dengan semangat berkongsi ilmu dan merancang kerjasama dalam bidang penyelidikan. Lawatan UNIKL yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Azemi Mohd Noor, Naib Presiden (Akademik dan Teknologi) bersama delegasi dari UniKL. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohd Azemi, beliau dan kumpulannya sangat teruja dengan keunikan UPNM sebagai “Butik Universiti” dan menyatakan “ Tak Kenal Maka Tak Cinta” dengan keistimewaan UPNM . Dalam perbincangan hampir 2 jam menjurus kepada cadangan kerjasama dalam bidang penyelidikan bersama pensyarah-pensyarah dan latihan industri untuk pelajar-pelajar UniKL dan UPNM.


Lt Jen Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM selaku Pengerusi dalam sesi perbincangan bersetuju untuk membincangkan kerjasama dengan lebih lanjut dengan UniKL. Lawatan ke UniKL akan dirancang selepas ini untuk perbincangan selanjutnya di UniKL.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 20 Jun 2012