Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Bengkel Protokol dan Etiket Sosial

Penulis :BKKPA Khamis, 19 Jul 2012


PUSAT MARIN 10 - 12 Julai- Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa (BKKPA) menganjurkan Bengkel Protokol dan Etiket Sosial kepada staf UPNM yang banyak terlibat dengan penganjuran majlis yang melibatkan protokol terutama Istiadat Konvokesyen dan Istiadat Pertauliahan. Anjuran bersama BKKPA dan Academy of Communication, Etiquette and Protocol (ACCEPT). Kursus ini dikendalikan Encik Ahmad Dan bin Setafa pegawai daripada Bahagian Kabinet dan Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri dan Puan Noraini Mohd Hanafiah Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC) Training Cube International yang berpengalaman dalam bidang protokol dan penganjuran majlis. Banyak pengalaman dan pengetahuan dapat dikongsi bersama bersama peserta terutamanya melibatkan protokol istana.

Modul kursus adalah merangkumi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi elemen protokol semasa mengurus, menganjur dan mengendalikan majlis, meningkatkan keyakinan diri dalam mempraktikkan pengetahuan protokol semasa mengendalikan majlis dan semasa hadir dalam majlis-majlis, mengenal pasti prinsip berpakaian yang betul dan sesuai dalam majlis dan meningkatkan keterampilan serta imej diri, menguasai kemahiran menggunakan utensil dan peralatan lain serta memahami prinsip dan etika serta tertib di meja makan dan meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan, bersopan santun serta berbudi bahasa.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 35 peserta yang terdiri daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) di UPNM.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 19 Julai 2012