Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Bengkel Peningkatan Prestasi Pelajar Siswazah

Penulis :PPS Rabu, 25 Jul 2012


PUSAT MARIN 12 JULAI 2012 - Bengkel Peningkatan Prestasi Pelajar Siswazah telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS) pada 12 Julai 2012 yang lalu bertempat di Bilik Langkawi, Pusat Marin, UPNM. Seramai 48 orang pelajar siswazah dan 15 orang pensyarah telah menghadiri bengkel yang julung-julung kali diadakan khas untuk memberikan panduan berguna kepada pelajar untuk dimanfaatkan dalam pengurusan pengajian masing-masing.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi panduan kepada pelajar siswazah dalam menjalankan penyelidikan, penghasilan jurnal, hubungan dengan penyelia, pengendalian peperiksaan lisan (viva) dan panduan untuk menamatkan pengajian dengan jayanya.

Seramai tujuh (7) orang penceramah telah menyampaikan pembentangan masing-masing dengan topik yang berbeza sebagaimana berikut.

Sesi 1: How to Plan, Manage and Pass Your MSc or Phd?
Prof. Madya Dr. Omar bin Zakaria

Sesi 2: Some Tips on Student-Supervisor Relationship
Prof. Dr. Fauziah binti Abdul Aziz

Sesi 3: How to Write A Successful Research Proposal
Prof. Dr. Kaharudin bin Dimyati

Sesi 4: Research Tools and Resources
Prof. Dr. Jegak Uli

Sesi 5: Work That Get Published and Powerful Soft Skills in Publications
Prof. Dr. Aidy bin Ali

Sesi 6: Questionnaires Design
Prof. Dr. Arazi bin Idrus

Sesi 7: How To Prepare for Viva Examination
Prof. Dr. Abdul Ghapor bin Hussin

Secara keseluruhannya, setiap peserta amat berpuas hati dengan penganjuran bengkel tersebut dan mendapat permintaan untuk dilaksanakan pada setiap semester. Bengkel-bengkel seumpama ini akan dianjurkan oleh PPS dari masa ke semasa menggunakan khidmat penceramah dari kalangan akademia (Prof./Prof. Madya) di UPNM.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 25 Julai 2012