Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM Turun Padang dalam Jelajah Kemanusiaan 1Malaysia

Penulis :BKKPA Khamis, 26 Jul 2012


TANAH MERAH, KELANTAN 13-16 Julai - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA) menganjurkan Jelajah Kemanusiaan 1Malaysia, Singgah Amal Mesra dan Bicara Motivasi Sahara: Aku Jejaki Pasirmu dan menjelajah dengan 70 Superbikes di bawah kelolaan KCM Superbike Malaysia antaranya adalah Malaysia Marshall Community, Tanah Merah Bikers dan Touring Bikers Community bermula dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah, Kelantan. Projek ini merupakan projek Corporate Social Responsibility (CSR) selari dengan penjenamaan UPNM. Siri Jelajah Kemanusiaan 1Malaysia dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Bahagian Kepimpinan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa, UPNM mengambil bahagian dengan mempromosi UPNM kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Tanah Merah dan Bicara Motivasi dalam pelajaran dan hala tuju selepas selesai peperiksaan. Fokus juga kepada anak-anak yatim di Tanah Merah dengan penyampaian sumbangan sempena menyambut Bulan Ramadan dan pertandingan mewarna juga diadakan untuk murid-murid TASKA.

Projek “Waqaf Water For Gaza” oleh PGPF juga merupakan satu pendekatan mendedahkan rakyat Malaysia bukan sahaja turun padang dari segi fizikalnya namun turun padang dari pendekatan jiwa untuk merasai penderitaan di Palestin dengan menderma dan mendapatkan air mineral. Satu lawatan khas ke Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (PEKA) di wad pediatrik memberikan cenderahati UPNM dan hamper sumbangan Mydin juga adalah aktiviti murni bersama dengan kanak-kanak sakit yang memerlukan kos rawatan perlu dibantu tanpa mengira bangsa dan agama.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 26 Julai 2012