Penulis :Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Rabu, 13 Jan 2021

 

Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bagi mod penyelidikan untuk Sesi Kemasukan Januari 2021 pada 5 Januari 2021 (Selasa) bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin. Seramai 31 orang pelajar telah ditawarkan mengikuti program Doktor Falsafah dan program Sarjana.

 

Kata alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan, PPS. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Risby bin Mohd Sohaimi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah), PPS dan En. Khairul Anuar bin Zainudin, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim kepada pelajar baharu pascasiswazah.

Universiti Awam dalam usaha menggalakkan sumbangan dana wakaf kepada Universiti.

 


Kemaskini Terakhir : Rabu, 13 Januari 2021